Wednesday, May 5, 2010

Mengapa?

1) Apabila saya sudah beritahu soalan apa akan ditanya, dgn sgt detail dan juga siap dgn berbagai suggestion jawapan, tolong jangan beri alasan yang anda tidak boleh jawab dgn baik kerana saya tidak beritahu anda bahawa CV anda telah saya forward. Jika anda berminat dan bersungguh-sungguh mahukan kerja atau sekurang-kurangnya dipanggil ke temuduga, saya anggap anda sudah bersedia dan sentiasa bersedia, dari mula saya minta anda hantarkan resume anda JIKA anda berminat. Dan saya sudah sebut JIKA. Jadi, JIKA anda tidak berminat, katakana sajalah. Jika benar anda mahu, anda sudah ada soalan, fikirkan sajalah jawapan yang anda akan beri. Jika itu pun anda malas buat, jangan katakan anda tidak dapat menjawab soalan-soalan apabila mereka menelefon anda kerana saya tidak beritahu resume sudah di forward. Jangan berkali-kali bertanya pada saya “bila you forward resume i? tak cakap pon? Jadi I jawab merapu je.” Please la dude. YOU want something, put in your effort. YOU want the job, PREPARE. It's ok if you don’t, just don’t give me lame excuses. It pisses me off.

2) Ye, saya tahu. Saya faham. Anda semua dari syarikat hebat-hebat dan besar-besar. Tak bermakna kami dari syarikat kecil, vendor, kami ini hina. Tak perlu bercakap dengan kami in a condescending way. Tak bermakna kami memandang kamu semua sangat agung. Tidak. Kami tahu kami ada kelebihan kami. Kami juga tahu anda ada kelebihan anda.

3) Apabila anda mahu bercakap dgn saya tentang sesuatu, pastikan anda ada isi dlm hujah anda. Jangan sesuka hati sahaja bercakap. Jika saya mulakan topik, dan anda hanya menyahut melayan perbualan itu, saya faham. Saya juga bukan dari golongan bijak pandai. Knowledge saya cetek sekali. Saya cuba carry setiap conversation yang dimulakan. Yang terbaik saya dpt berikan hanyalah mendengar dan cuba untuk mencelah sekali-sekala. Dan saya tidak mulakan perbualan tentang sesuatu yang saya tidak tahu. Apabila anda memulakan sesuatu topik, adakah ada fikir saya hanya akan angguk dan berkata “ye ke macam tu? Saya tak tau..” Sudah tentu saya mula bertanya pelbagai soalan tentang perkara yang anda utarakan. Saya ingin tahu. Tambahan pula anda bercakap tentang sesuatu yang saya tidak tahu. Lebih banyaklah soalan saya kerana saya ingin tahu. Jadi apabila soalan demi soalan saya anda jawab dengan “tak tahu”, “tak pasti la”, “ye kot”, saya kecewa. Dan mood saya berubah.


4) Jika mahu menulis atau bercakap dlm bahasa apa-apa sekali pun yang anda tidak mahir, tolonglah punyai kesedaran dalam diri bahawa anda tidak mahir. Saya tidak katakan jangan buat. Baguslah mencuba. Challenge yourself. Tetapi, letakkan diri anda ditempat yang sepatutnya. Jika tidak mahir, maka usahalah. Internet kan ada. Contoh paling mudah- bahasa Inggeris. Saya tidak pandai. Tetapi saya cuba sedaya upaya saya. Jika tidak tahu sesuatu perkataan, rujuklah pada kamus. Lihat maksud dan contoh cara penggunaan di website, Oxford, misalnya. Jika masih tidak pasti, simpan dahulu (KIV). Chances are, anda akan bertembung dgn perkataan itu lagi. Di akhbar, di dlm buku, di dalam rancangan tv. You just have to pay a little bit more attention. Pasti ada. Lama kelamaan sudah boleh menangkap bagaimana ia digunakan dalam ayat dan situasi. Jika tidak pasti tentang grammar, boleh Google topik tersebut. Memang benda yang kecil. Tambahan pula apabila anda menulis di blog. Hanya untuk kepuasan diri. Mengapa perlu hiraukan perkara-perkara begini? Betul? Salah. Jika anda memang sudah malas, guna sahajalah Bahasa Melayu. Mengapa perlu berbahasa inggeris jika grammarnya lintang pukang, ejaan juga berterabur? Perlukah menulis dalam bahasa itu jika anda sudah sememangnye tidak berminat untuk memperbaiki kemahiran berbahasa tersebut. Mengapa? Tak ‘hot-stuff’? Tak glemer kalau tak cakap omputih? Tak hebat? Dimanakah hebat nye jika verbs dan tenses anda tidak mampu letakkan di tempat yang betul? Sungguh saya tidak faham. Saya tidak maksudkan orang yg memang intentionally bercakap bahasa pasar. Itu saya boleh digest. Ini orang-orang yg kononnya hot, entri di blog konon2 cute/hot stuff, konon-konon best (padahal tak best pon), kemudian merasakan yang dia bagus. Somebody please pass me a bucket. I need to puke.

2 comments: